Friday 11 January 2013

SAYA SUKA KIDAL

budak kidal telah menaip ^^ Views
Assalamualaikum... Jawab2x... Hahaha...
Kali ni entri tentang KIDAL... Kenapa aku buat ? Sebab aku kidal lah ! ;) SAYA MEMANG BERUNTUNG. hahaha.. perbezaan antara kanan dan kiri amat berbeza... Siapa kidal ??? Kk kita geng !! hahaha, Jom lah baca kalau sudi,


KEBURUKAN TANGAN KIDAL.
  
1. Meja di Kolej
    Meja tersebut memang diciptakan untuk pengguna KANAN. Sebab pengguna KIDAL amat tersiksa bila 
    menulis dimeja tersebut... Susah yoww !!! Bahagian menulis pun terletak pada kanan. Aku pun tension...
    Sekarang tulisan da buruk sebab dapat meja macam ni rupa... Nasib masa Exam tak guna meja ni.

Aku tak gemar langsung kepada meja ni !!! 

2.Gunting membuatkan gambar menjadi pentagon terus
   Bila aku menggunakan gunting, ia akan mendatangkan banyak bucu... hahaha... jadi pentagon pulak aku
   rasa, Memang cacat... Pengguna kidal memang lemah bab2 gunting... Jadi masa kelas seni aku dulu, aku 
   sentiasa menyuruh kawan aku untuk mengguntingkan kertas tersebut... Terima kasih Sue... heee , Lagi2 
   bila dapat gunting macam kat bawah ni


 Pada aku gunting ni amat tensionkan aku

3.Aksesori kalau nak digunakan kenalah sebelah kanan
   Bila aku nak pakai jam , gelang atau apa2 pun lah... Aku akan meletakkan pada tangan kanan... 
   Kenapa tak kiri ??? Memang terkial2 lah kalau aku pakai pada kiri sebab tangan kanan tak mampu
   memakaikan pada tangan kiri... Sebab aku pernah cuba... Amat failed ! hahaha

4.Bila nak pakai brooch, kadang2 rasa nak terkeluar airmata nie...
   Brooch aku maksudkan adalah brooch ditudung... Macam yang berbentuk2 binatang haiwan, rama rama
   ke, eagle ke , kemudian kalau pakai menggunakan tangan kiri sure la terbalik !!! muka kebawah kaki
   keatas. Untunglah pengguna kanan, mudah kan ? hehehe


Aku geram kalau pakai brooch macam tu, Terkial2 lagi sekali. Ish3

5.Orang akan pandang pelik bila aku makan tangan kiri dengan menggunakan SUDU je ! 
   Kalau makan nasi guna tangan memanglah aku guna kanan, tapi kalau sudu memang failed lagi sekali
   untuk kanan. hehe... Ada ibubapa mereka marah bila gunakan dengan tangan kiri kerana ia adalah satu 
   suapan makanan... Tapi kalau xboleh aku pun xtahu nak buat macam mana, tapi kadang2 kalau aku
   makan biskut ke roti ke, kiri jugak... Nasi berlauk tu je kanan... Kenapa3x...


Aku sama je macam budak ni. hehe

6. Susah main badminton
    Aku memang cinta pada badminton tapi memang susah bila main dengan orang bertangankan 
    kanan. Cuba bayangkan !!! Kanan main dengan kiri.......


Banyak lagi keburukannya antaranya 
  • Menulis dalam buku tebal
  • Menggunakan tetikus


   

KELEBIHAN TANGAN KIDAL

1) hanya 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia yang kidal
    *TAK RAMAI KIDAL , SO KENALAH BANGGA DENGAN PENCIPTANYA !! :D

2) menulis tulisan jawi / arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
    SEBAB MULA TULIS JAWI DARI KIRI, TAK COMOT 
 

3.Kamera DSLR
   kamera DSLR memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan warga warga kidal.
  tangan kiri digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat lensa tersebut. so, mereka
  dapat ubah fokus kamera & kamera jugak dapat disokong dengan mudah.
  MEMANG SATU HARI NANTI NAK BELI PONN !! HAHA


4.  individu kidal mengunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni,
    kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Ia juga bijak dalam subjek matematik 
    dan sains. 
    OKEY AKU MEMANG MINAT SUBJEK MATEMATIK DAN AKAUN ! :) KALAU SENI AKU TAK
    PANDAI MELUKIS, TAPI SENI AKU LAIN SIKIT, MENGGUNAKAN KERTAS WARNA, PISAU.

5. kemudian siapa suka memandu kereta, mudah lah untuk gear ! hahaha... ;) 


SELAIN ITU !! BAWAH2 NIE

  • Sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal.
  • Orang kidal tak semestinya parents diorang kidal jugak . huhu
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membaca terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.
  • Hari kidal sedunia disambut 13 ogos setiap tahun, tak digalakkan ! tapi xtw plak
  • Lelaki lebih ramai kidal berbanding wanita . Tapi aku wanita. hee~
  • Bagi perempuan yang mengandung , semakin berusia seseorang itu semakin tinggi potensi mendapat anak kidal . 
  • Orang kidal mempunyai purata hayat 9 tahun lebih lama dari orang biasa. Macam best je :)
  • Orang kidal seorang yang kreatif.. pandai lukis,tiru sign tangan,cipta kod gitar . BETUL !
  • hampir 5% orang kidal yang maut seluruh dunia disebabkan menggunakan peralatan yang dicipta untuk mereka yang tangan kanan.. (kebanyakkan mesin-mesin besar kat kilang banyak yang pemegangnya belah kanan.. cth gergaji letrik ke,mesin moulding,etc)    
  • Orang kidal lebih mudah menggunakan kedua belahan otak untuk mengelola rangsangan, sehingga keseluruhan proses dan waktu respon lebih cepat.
  • Orang kidal memiliki mental lebih baik saat di usia tua dan saat proses otak secara keseluruhan mulai melambat.
  • Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas dari pada bukan kidal  
  • Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan bukan kidal
  • Orang kidal juga dua kali lebih terampil dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan
  •   Orang kidal lebih cepat memproses beberapa rangsangan berbanding orang yang menggunakan tangan kanan. Hal ini juga membuat orang kidal lebih kreatif.
              Orang kidal cenderung lebih pantas memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.  (dipetik dari LYSSA FAIZUREEN, dia pun KIDAL) kenal x ? dia blogger terkenal.

OKEY ITU JE !
 Tapi pada aku, orang yang dapat menggunakan tangan kiri dan kanan lebih untung, :)
Dua2 boleh guna. hee~~

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Baca... Ikhlas kan ? Hee~ ♥

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. same kita kidal jgk ...entry nie betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... kn... sbb betul la sy buat entry nie :)

      Delete
  2. Imma lefthanded too yeayy! hehe
    It's even hard to play hockey and golf as well huhu

    ReplyDelete
  3. kidal rupanyer..he3..xpe2, slah seorg yg istimewa tuh..

    ReplyDelete

Meh sini komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...